Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wartawan foto Palestin menjadi mangsa terbaharu serangan udara Israel ke atas khemah media di Hospital Al-Ahli Baptist, Gaza, pada Khamis, menjadikan angka pengamal media yang terbunuh dalam insiden itu meningkat kepada empat. Foto fail AFP

Wartawan foto maut dalam serangan Israel terhadap khemah media di Gaza

ByBernama

ANKARA, 6 Jun: Seorang wartawan foto Palestin menjadi mangsa terbaharu serangan udara Israel ke atas khemah media di Hospital Al-Ahli Baptist, Gaza, pada Khamis, menjadikan angka pengamal media yang terbunuh dalam insiden itu meningkat kepada empat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Sumber perubatan pada Jumaat memaklumkan bahawa wartawan foto Ahmad Qalja meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami selepas serangan dron membunuh tiga wartawan lain dan mencederakan empat lagi.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza mengesahkan bahawa dengan kematian Qalja, jumlah wartawan Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Okt 2023, kini mencecah 226.

Angka itu termasuk 30 wartawan wanita dan seorang wartawan dari Tebing Barat yang diduduki.

Serangan itu berlaku sehari selepas Amerika Syarikat memveto draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa “gencatan senjata segera, tanpa syarat dan berkekalan” di Semenanjung Gaza. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan