Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dadah jenis syabu bernilai lebih RM12, 000 yang dirampas daripada suspek. Foto IPD Sibu

Lelaki ditahan miliki syabu bernilai RM12,000 di Sibu

SIBU, 6 Jun: Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan polis selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu bernilai lebih RM12,000 dalam satu operasi di Jalan Hua Kiew, di sini, semalam (Khamis).

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu kira-kira pada jam 1.30 petang.

“Pemeriksaan ke atas suspek menemui 46 paket plastik berisi bahan kristal disyaki syabu dengan berat kasar 60.30 gram. Anggaran nilai pasaran dadah tersebut ialah RM12,060,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, polis turut menyita sebuah kereta Perodua Bezza milik suspek yang dianggarkan bernilai RM30,000.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, namun suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” tambah beliau.

Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen 39B memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 15(1)(a) boleh dikenakan denda maksimum RM5,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, serta pengawasan mandatori selama dua tahun mengikut Seksyen 38B akta sama.

ACP Zulkipli menegaskan bahawa polis, khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sibu, akan terus menggandakan usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan ini.

“Kami juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah agar tampil membantu dengan menghubungi Talian Hotline Narkotik di 012-2087222,” katanya. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found