Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu lelaki kebangsaan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun (kiri) dan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah (kanan)

Terbuka indonesia: Wei Chong-Kai Wun, Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjadi satu-satunya beregu lelaki negara yang masih bertahan dalam Terbuka Indonesia apabila mara ke separuh akhir kejohanan itu hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, Juara Malaysia Masters 2025 itu menundukkan wakil India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-19, 21-16.

Menurut Wei Chong kunci kemenangan mereka adalah memberikan tumpuan penuh kepada cara permainan dan strategi yang diterapkan jurulatih.

“Kami tidak fikir tentang menang atau kalah, kami hanya lakukan apa yang perlu dilakukan. Kami hanya fokus pada pelan permainan dan strategi,” katanya dalam audio yang dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kepada media hari ini.

Menanti Wei Chong-Kai Wun esok gandingan tuan rumah Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani yang mencipta kejutan menewaskan beregu nombor satu dunia dari Malaysia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani.

Bagaimanapun Sze Fei-Nur Izzuddin tidak memberikan laluan mudah kepada beregu Indonesia itu apabila mengheret perlawanan hingga ke set penentuan sebelum tumpas 21-19, 9-21, 21-19.

Sementara itu, dalam saingan beregu wanita, pasangan negara Pearly Tan-M Thinaah turut melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun, 21-6, 21-18.

Pasangan nombor empat dunia itu dijadualkan bertemu pilihan kelima dari China, Li Yi Jing-Luo Xu Min bagi merebut tiket ke pentas final. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan