Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang ditawarkan di media sosial. Foto hiasan Envato

Peniaga wanita rugi RM250,000 terpedaya pelaburan tidak wujud di Facebook

KUCHING, 6 Jun: Seorang peniaga wanita berusia lingkungan 60-an di Padawan kerugian lebih RM250,000 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata, mangsa mula berurusan dengan sindiket berkenaan sejak pertengahan Februari lalu selepas tertarik dengan iklan pelaburan oleh sebuah syarikat antarabangsa yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

“Mangsa yang tertarik, bertindak menghubungi pentadbir kumpulan pelaburan tersebut dan diarahkan memuat turun aplikasi dikenali sebagai ‘Mycdtl’ bagi memulakan pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tertarik dengan janji keuntungan lumayan, mangsa telah membuat beberapa transaksi secara berperingkat ke akaun yang diberikan oleh suspek, melibatkan jumlah keseluruhan kira-kira RM250,000.

Menurutnya lagi, mangsa menyedari dirinya ditipu apabila tidak dapat mengeluarkan keuntungan seperti dijanjikan, malah diarahkan membuat beberapa bayaran tambahan sebelum boleh menuntut pulangan pelaburan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang ditawarkan di media sosial,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan