Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba, polis dan APM menaiki bot bagi mencari lelaki yang sesat. Foto JBPM

Lelaki sesat di hutan semasa cari kerbau ditemui selamat

ByTVS

BEAUFORT, 6 Jun: Seorang lelaki berusia 52 tahun yang dilaporkan hilang selepas masuk ke hutan untuk mencari kerbaunya yang terlepas di Kampung Nabahan, Weston sejak semalam, ditemui dalam keadaan selamat tengah hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan awal pagi ini selepas aduan dibuat oleh keluarga mangsa yang menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sejak jam 11.30 pagi, 5 Jun.

Laporan polis mengenai kehilangan itu dibuat pada jam 8.44 malam pada hari yang sama.

“Pasukan Bomba dari BBP Beaufort tiba di lokasi jam 7.59 pagi dan menggunakan bot dari Jeti Weston untuk menyeberangi sungai ke Kampung Nabahan. Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) turut dibuka sebagai pusat koordinasi,” menurut kenyataan itu.

Operasi SAR disertai pelbagai agensi termasuk PDRM, APM, Pasukan Sukarelawan Bomba dan penduduk kampung.

Mangsa akhirnya ditemui jam 12.40 tengah hari kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dilaporkan hilang oleh anaknya sendiri bersama beberapa penduduk kampung.

“Mangsa dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Kundu Suasa dan disahkan dalam keadaan selamat. Beliau kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan