Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Juanda Jaya menyempurnakan agihan daging korban di Masjid Daerah Matu, hari ini. Foto UKAS

Lebih 5,000 terima agihan daging korban di DUN Jemoreng

MATU, 6 Jun: Seramai 5,436 ketua isi rumah dari 42 penempatan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng menerima agihan daging korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Program tahunan anjuran Pusat Khidmat ADUN N.44 Jemoreng di Masjid Daerah Matu hari ini menyaksikan agihan 12,000 kilogram daging korban kepada penerima dikenal pasti dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, JKKK, sukarelawan PBB N.44 Jemoreng dan jawatankuasa masjid tempatan.

Majlis agihan disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng.

Menurut beliau, program itu bukan sahaja bertujuan menyemarakkan sambutan Aidiladha, malah menjadi platform memperkukuh silaturahim dan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.

“Kita mahu memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada program ini.

“Ia bukan sahaja meringankan beban keluarga menjelang perayaan, malah mencerminkan nilai kebersamaan dan inklusiviti yang menjadi teras keharmonian di Sarawak,” katanya.

Juanda turut menyatakan komitmen untuk meneruskan program berkenaan pada tahun-tahun mendatang susulan sambutan positif yang diterima daripada penduduk saban tahun.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan