Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika meninjau tapak pembinaan Pusat Tingkatan Enam di SMK Limbang, hari ini. Foto TVS

Awang Tengah mahu Pusat Tingkatan Enam SMK Limbang disiapkan ikut jadual

LIMBANG, 6 Jun: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mahu kerja-kerja menaik taraf bangunan lama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbang bagi membina Pusat Tingkatan Enam disiapkan mengikut jadual demi manfaat pelajar di bahagian utara negeri ini.

Menurut beliau, projek berkenaan yang melibatkan kos RM4.5 juta telah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana selepas jabatan itu menyiapkan pelan dan reka bentuk lengkap untuk pengubahsuaian.

“Saya mahu projek ini disegerakan kerana JKR sudah ada pelan dan telah membuat penilaian struktur. Maka, lebih baik jika mereka sendiri melaksanakan projek ini supaya tidak bertangguh,” katanya semasa lawatan kerja ke tapak projek di SMK Limbang, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa peruntukan bagi projek itu telah disalurkan menerusi Agensi Pembangunan Wilayah Utara (RECODA), namun bagi memastikan pelaksanaan lebih efisien, JKR diamanahkan untuk melaksanakannya sepenuhnya.

Projek menaik taraf itu merangkumi pembinaan beberapa kemudahan penting seperti blok pentadbiran, kantin, asrama dan ruang pembelajaran bagi menyokong operasi pusat prauniversiti berkenaan.

Apabila siap sepenuhnya, Pusat Tingkatan Enam SMK Limbang akan menjadi yang kedua seumpamanya di Sarawak, sekali gus memperluas akses pendidikan prauniversiti kepada pelajar di kawasan luar bandar.

Awang Tengah berkata, pusat itu bukan sahaja menyediakan akademik berkualiti, malah bertujuan melahirkan pelajar berdaya saing dan bersedia untuk ke peringkat lebih tinggi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan