Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota APM menghantar pelajar SMK Entabuan ke Pekan Tenom selepas laluan utama dinaiki air. Foto APM

Ratusan keluarga masih berlindung di PPS, lebih 1,600 mangsa banjir direkodkan di Sabah

ByTVS

KOTA KINABALU, 5 Mei: Ratusan keluarga di Sook dan Beaufort masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan bencana banjir yang menjejaskan lebih 1,600 penduduk di Sabah.

Sehingga jam 12 tengah hari Isnin (5 Mei), seramai 1,632 mangsa daripada 488 ketua isi rumah direkodkan berada di enam PPS aktif di kedua-dua daerah itu, demikian menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah.

Sook mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 1,268 orang ditempatkan di empat PPS termasuk Dewan Datuk Ellron Angin dan Dewan Masyarakat Sook.

Sementara itu, Beaufort menempatkan 364 mangsa di Pusat Pemindahan Kekal Selagon dan Dewan Residensi PR1MA Woorford Estate.

Di Beaufort, beberapa kampung masih terjejas termasuk Kampung Batu 60, Kampung Binunuk, Kampung Balibata, Kampung Bakalau, Kampung Bingkul dan Kampung Selinsing. Banjir turut melanda sebahagian kawasan Pekan Beaufort, dan beberapa jalan utama tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan, termasuk Jalan Batu 60 dan Jalan Kg Binunuk.

Dua sekolah turut terjejas, iaitu SJK (C) Kung Ming dan SMK St. Paul.

Banjir di Beaufort dan Tenom berlaku selepas hujan berterusan sejak 1 Mei yang menyebabkan paras air Sungai Padas melepasi paras bahaya. Bacaan setakat jam 11 pagi Isnin menunjukkan paras air masih melebihi 9.5 meter namun menunjukkan trend menurun.

Di Tenom, seramai 16 kampung terjejas akibat limpahan Sungai Padas dan Sungai Pegalan. Bagaimanapun, semua pusat pemindahan di daerah itu telah ditutup pada petang Isnin selepas mangsa pulang ke rumah masing-masing. SK Kallang Kanar masih dilaporkan dinaiki air. – TVS

Tags: Banjir, pps, sabah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan