Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada lawatan teknikal strategik ke ibu pejabat ATR dan Kampus Airbus. Foto Fiqri Razak(TVS)

Lawatan teknikal ATR, Airbus perkukuh persiapan Sarawak pacu ekosistem penerbangan

ByShafik Ahmad

TOULOUSE, 5 Mei: Lawatan teknikal strategik ke ibu pejabat ATR dan Kampus Airbus disifatkan sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa sektor pengangkutan udara Sarawak serta persiapan menjelang pelancaran syarikat penerbangan milik negeri, AirBorneo.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memulakan lawatan ke ibu pejabat ATR, pengeluar pesawat turboprop terkemuka dunia yang berpangkalan di Toulouse, pada Isnin, waktu tempatan.

Para delegasi diberi taklimat mendalam berkenaan reka bentuk, operasi dan potensi kerjasama teknologi penerbangan.

Turut disertakan ialah lawatan ke Pusat Pemasangan Akhir ATR, memberikan delegasi peluang menyaksikan sendiri proses pembuatan pesawat komersial berprestasi tinggi yang sesuai digunakan untuk laluan domestik dan jarak sederhana di rantau ini.

Delegasi Sarawak kemudian melanjutkan lawatan ke Kampus Airbus di Blagnac dan menghadiri perbincangan bersama Presiden Airbus International, Wouter van Wersch, di Airspace Customer Showroom Agoahub.

Sesi ini membuka ruang kepada pertukaran pandangan profesional dan penerokaan potensi kerjasama strategik dalam aspek teknologi, latihan serta penyelenggaraan.

Seterusnya, Premier Sarawak bersama rombongan turut melawat ruang pameran pelanggan Airbus dan kemuncaknya, menyaksikan sendiri operasi pemasangan akhir pesawat A350 antara pesawat komersial paling canggih di dunia.

Lawatan ini dilihat sebagai langkah penting dalam memastikan AirBorneo yang dijangka memulakan operasi sepenuhnya menjelang tahun hadapan dapat beroperasi dengan piawaian antarabangsa serta memperkukuh jaringan pengangkutan udara Sarawak.

Ini terutama bagi laluan domestik dan serantau di Asia Tenggara seperti Kuala Lumpur, Bangkok, Singapura, Jakarta, Hong Kong dan Jepun.

Turut mengiringi lawatan rasmi ini ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta delegasi lain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan