Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pembukaan Borneo ADR Week 2025 di Kuching, hari ini. Foto TVS

Isu PETROS-PETRONAS: PM dan Premier Sarawak akan bincang cari penyelesaian menang-menang – Fadillah

ByMadeline Dugat

KUCHING, 5 Mei: Rundingan berkaitan isu Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) akan melibatkan pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bagi mencari penyelesaian secara menang-menang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata perbincangan itu turut dijangka membabitkan pelbagai pihak termasuk Jabatan Peguam Negara, Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak, serta wakil daripada PETRONAS dan PETROS.

“Semua perundingan ini melibatkan pelbagai pihak. Di bawah saya sendiri, satu Jawatankuasa Teknikal ditubuhkan yang diwakili oleh agensi-agensi berkaitan termasuk kerajaan negeri, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pembukaan Borneo ADR Week 2025 di sini, hari ini.

Menurutnya, beberapa isu yang timbul melibatkan persoalan perundangan yang hanya boleh diputuskan oleh mahkamah, namun kerajaan mengambil pendekatan berunding bagi mencari penyelesaian bersama.

“Pendekatan sekarang ialah mencari kaedah menang-menang. Sebab itu, rundingan ini bukan sahaja di peringkat Perdana Menteri dan Premier Sarawak, malah melibatkan Peguam Besar Negeri Sarawak, Peguam Negara, PETRONAS dan PETROS,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Fadillah menegaskan bahawa rundingan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sedang berjalan secara menyeluruh dan tidak terbatas kepada isu PETROS dan PETRONAS sahaja.

“PETROS dan PETRONAS adalah salah satu perkara, namun banyak lagi isu lain yang turut dibincangkan secara berperingkat,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan