Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Tebaang, Daro, hari ini. Foto JBPM

Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Daro

DARO, 5 Mei: Sebuah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Tebaang di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.32 pagi sebelum menggerakkan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah tidak kekal yang terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba menjalankan kerja pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 400 kaki, dua nozel serta sumber air terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman berjaya dikawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat dan terkawal, pasukan bomba berangkat pulang ke balai,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan