Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini. Foto fail Bernama

Ewon, Hajiji bincang mengenai Perjanjian Malaysia 1963

ByBernama

KOTA KINABALU, 8 Ogos: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata yang dibincangkan dalam perjumpaan itu ialah berhubung pendekatan tuntutan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan, terutama berkaitan pemberian kembali hasil Persekutuan.

“Walaupun sembilan perkara berkaitan tuntutan hak Sabah dalam MA63 telahpun diselesaikan sepenuhnya, namun masih banyak perkara yang sedang dirundingkan lagi, termasuk hak 40 peratus ke atas hasil persekutuan di Sabah.

“Saya telah memaklumkan kepada Ketua Menteri mengenai komitmen saya di peringkat Persekutuan untuk memperjuangkan hak dan aspirasi rakyat Sabah ini dan mahu melengkapi usaha yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ewon juga yakin dengan komitmen kerajaan Persekutuan untuk mencari penyelesaian terhadap tuntutan-tuntutan tersebut melalui platform perundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan (MTP) MA63 dan Jawatankuasa Teknikal MTPMA63.

Ewon dalam kunjungan itu turut mengetuai delegasi Bank Rakyat bagi memaklumkan pelbagai inisiatif bank koperasi terbesar negara itu di Sabah, dan yang turut dihadiri ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Datuk Dr Mohammad Hanis Osman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan