Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Ramah Tamah Persaudaraan Masjid Bintangor dan Haji Taha. Foto TVS

Ambil iktibar gangguan tenaga di Sepanyol, Portugal

KUCHING, 5 Mei: Krisis gangguan bekalan tenaga yang berlaku di Sepanyol dan Portugal perlu dijadikan iktibar untuk Malaysia memperkasakan sektor penjanaan tenaga.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia isyarat penting dalam memastikan Malaysia bersedia berhadapan dengan sebarang cabaran yang timbul kepada perubahan bentuk penjanaan tenaga termasuk tenaga boleh diperbaharui.

Menurutnya, usaha yang dirintis Sarawak dalam sektor itu menjadikan wilayah ini di hadapan dalam sektor tenaga sekali gus memiliki keupayaan dalam menangani isu berkaitan keperluan tenaga termasuk kestabilan bekalan tenaga semasa.

“Inilah cabaran yang dihadapi di Eropah sehingga berlakunya gangguan di Sepanyol dan Portugal disebabkan mereka tidak dapat kestabilan dalam grid bekalan mereka.

“Perkara ini yang menjadi fokus Premier kita Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg iaitu memastikan kita bukan sahaja dapat menghasilkan tenaga tetapi juga dapat menjaga kestabilan dan keterjaminan bekalan dalam grid tenaga tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Persaudaraan Masjid Bintangor dan Haji Taha di sini pada Ahad.

Pada April lalu, media antarabangsa melaporkan berlaku gangguan bekalan elektrik besar-besaran di Sepanyol dan Portugal yang menjejaskan lebih 55 juta rakyat di kedua-dua negara tersebut.

Gangguan tersebut turut mengakibatkan beberapa perkhidmatan penting seperti sistem pengangkutan awam, telekomunikasi dan sektor kesihatan tergendala serta lumpuh operasinya.

Siasatan awal insiden tersebut dipercayai berpunca daripada gangguan kestabilan terhadap grid bekalan susulan peralihan mendadak kepada tenaga boleh diperbaharui tanpa sebarang sistem pengimbangan dan penyimpanan tenaga mencukupi bagi menampung pemintaan semasa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan