KOTA SAMARAHAN, 5 Mei: Kerajaan terus memandang serius pembangunan bakat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matemarik (STEM) bagi melahirkan lebih ramai tenaga profesional.
Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, ia selaras dengan sasaran Malaysia menjadi negara berteknologi tinggi menjelang 2030.
“Kita akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi serta rakan strategik lain bagi memperkasa agenda STEM negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Minggu Sains Negara 2025 yang berlangsung di UiTM Sarawak, pada Ahad.
Mengenai Minggu Sains Negara (MSN), Chang menjelaskan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan 300,000 penyertaan tahun ini menerusi lebih 50 aktiviti serta pengisian menarik yang dirancang.
“MSN tahun ini dijalankan menerusi tiga kaedah iaitu Karnival Sains Negara (MSNKarnival) di enam zon, Kembara Minggu Sains Negara (MSNKembara) serta Rehla Sains dan inisiatif tajaan Minggu Sains Negara (MSNTaja).-TVS



