Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu ketika melakukan cabutan tiket bertuah semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Lembaga Khairat dan Amanah Melayu Betong di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan. Foto TVS

Sebahagian daripada 37 RTP siap sepenuhnya

BETONG, 4 April: Sebahagian daripada keseluruhan 37 projek transformasi luar bandar (RTP) di kawasan Parlimen Betong berjaya disiapkan sepenuhnya.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata, bagi RTP tahun 2025, sebanyak 23 projek diluluskan menggunakan peruntukan RM2.5 juta merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas, Layar dan Bukit Saban.

“Parlimen Betong saban tahun kita menerima peruntukan bagi pelaksanaan RTP.

“Bagi tahun 2024 sebanyak 37 projek, sebahagian daripadanya sudah siap sementara sebahagian lagi dalam pelaksanaan untuk tahun ini, bagi tahun 2025 pula sebanyak 23 projek yang merangkumi ketiga-tiga kawasan DUN iaitu Saribas, Layar dan Bukit Saban diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ke Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Melayu Betong di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong pada Khamis.

Menurutnya, beliau yakin kesemua projek yang dirancang dapat disiapkan mengikut jadual berdasarkan kepakaran dimiliki dan komitmen tinggi setiap agensi teknikal yang dilantik.

“Adalah amat penting bagi memastikan setiap projek yang dirancang siap mengikut jadual ditetapkan bagi memastikan setiap isu dan permasalahan rakyat di kawasan Parlimen Betong dapat ditangani serta diatasi dengan sebaik mungkin,” jelasnya.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan