Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan: Envato

Lelaki maut jatuh dari tingkat 22 pangsapuri

ByBernama

GEORGE TOWN, 4 April: Seorang lelaki tempatan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Gat Lebuh Macallum di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata mangsa berusia 27 tahun dan pihaknya dimaklumkan kejadian oleh orang awam pada 5.07 petang.

“Mangsa merupakan penghuni pangsapuri itu dan siasatan mendapati tiada unsur jenayah di tempat kejadian atau badan lelaki terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak menularkan gambar atau video kejadian di media sosial untuk tidak menyinggung perasaan keluarga mangsa.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 28 saat memaparkan seorang lelaki dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri sebelum tersangkut di struktur bangunan tular di media sosial. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan