Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Airlangga Hartarto di pejabat beliau di Putrajaya, dan disertai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Foto Anwar Ibrahim(FB)

PM Anwar terima kunjungan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 April: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Airlangga Hartarto di pejabat beliau di Putrajaya.

Anwar berkata pertemuan itu diadakan bagi membincangkan perkembangan kerjasama dua hala melibatkan Malaysia dan Indonesia.

“Kami memanfaatkan sepenuhnya hubungan erat persahabatan kedua-dua negara yang terjalin khususnya mengukuhkan lagi lebih banyak kegiatan perdagangan membabitkan pengusaha Indonesia dan Malaysia dalam pelbagai sektor terkait,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Perdana Menteri berkata keutamaan juga diberikan bagi mengukuh dan memperbaharui sinergi ekonomi serta mencerminkan komitmen untuk memupuk kerjasama yang kukuh antara Indonesia dan Malaysia ke tahap lebih baik lagi di masa hadapan.

Pada masa sama, Anwar turut memaklumkan selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia memerlukan kerjasama semua negara jiran termasuk Indonesia bagi melonjakkan keupayaan negara sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan di benua ini dan juga seluruh dunia.

Perbincangan tersebut turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, Tengku Zafrul menerusi hantaran di Facebook beliau berkata pertemuan tersebut turut membincangkan strategi pengukuhan ekonomi serantau.

“Dalam suasana global yang penuh ketidakpastian, perpaduan ASEAN bukan lagi satu pilihan, tapi keperluan. Ayuh kita perkukuhkan ekonomi serantau demi kemakmuran bersama,” katanya.

Beliau turut menegaskan ketika ekonomi global bergelora, suara ASEAN perlu lebih lantang lagi.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan