Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Lelaki ditemukan meninggal dunia di atas bumbung pasar di Pasir Puteh

ByBernama

KOTA BHARU, 4 April: Lelaki berusia lingkungan 40-an ditemukan meninggal dunia di atas bumbung bangunan Pasar Siti Hajar, Pasir Puteh sekitar 5 pagi, hari ini.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Siti Nor Raihan Mohamed Harami berkata Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh menerima laporan berkaitan kejadian pada 4.59 pagi.

“Kami turut mendapat bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh serta menggunakan satu unit tangga dari Fire Response Vehicle,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa yang ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan bertugas.

Menurut Siti Nor Raihan, kes berkenaan kini dalam siasatan polis.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan