Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. Foto fail Bernama

Polis siasat individu guna gelaran Datuk Seri tidak sah di Facebook

ByBernama

SHAH ALAM, 4 April: Polis sedang menyiasat seorang individu didapati menggunakan gelaran Darjah Kebesaran Sultan Selangor iaitu Datuk Seri secara tidak sah, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau berkata individu itu didapati menggunakan Datuk Seri itu di laman sosial Facebook, namun pengesahan polis mendapati, suspek tidak pernah dikurniakan gelaran berkenaan.

“Siasatan awal mendapati pemilik akaun itu secara jelas menggelarkan diri sebagai Datuk Seri dengan mendakwa gelaran itu dikurniakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata pihaknya meminta kerjasama pemilik akaun itu membantu siasatan atau individu yang mempunyai maklumat untuk menghubungi polis di 03-55202222.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Berhubung Dengan Anugerah 2017.

Beliau berkata pemberian Darjah Kebesaran Sultan Selangor merupakan simbol penghormatan dan martabat yang perlu dilindungi dan dihormati daripada sebarang penyalahgunaan.

“Tindakan tegas akan diambil kepada individu yang didapati menyalahgunakan atau menggunakan darjah kebesaran secara tidak sah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan