Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Reaksi penunjuk perasaan anti-Yoon selepas keputusan Mahkamah Perlembagaan berhubung pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, di Seoul pada 4 April 2025. Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan pada tarikh tersebut mengekalkan pemecatan Yoon Suk Yeol, sekali gus menggugurkan beliau daripada jawatan ekoran pengisytiharan undang-undang tentera yang mencetuskan kontroversi. Foto AFP

Korea Selatan adakan pilihan raya presiden awal selepas Yoon dilucutkan jawatan

ByBernama

SEOUL, 4 April: Korea Selatan akan mengadakan pilihan raya presiden awal yang dijadual pada awal Jun selepas Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memutuskan untuk melucutkan jawatan bekas Presiden Yoon Suk Yeol berhubung percubaannya melaksanakan undang-undang tentera yang gagal, menurut agensi berita Yonhap.

Mengikut undang-undang, pilihan raya awal mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas keputusan mahkamah.

Undang-undang itu turut menetapkan bahawa tarikh pilihan raya presiden mesti diumumkan sekurang-kurangnya 50 hari lebih awal.

Ini memberikan tempoh 11 hari untuk pilihan raya diadakan dari 24 Mei hingga 3 Jun, namun penganalisis menjangkakan pengundian akan berlangsung pada hari terakhir.

Pemerhati menjangka 3 Jun — hari ke-60 selepas keputusan mahkamah pada Jumaat — sebagai tarikh yang paling berkemungkinan memandangkan pilihan raya itu mungkin dilewatkan bagi memberi masa yang mencukupi kepada parti politik untuk bersiap sedia menghadapi pemilihan utama dan kempen.

Ketika Presiden Park Geun-hye dilucutkan jawatan pada 10 Mac 2017, pilihan raya awal juga diadakan tepat 60 hari kemudian, iaitu pada 9 Mei.

Menurut laporan Yonhap, sekiranya pilihan raya pada 3 Jun disahkan, tempoh pendaftaran calon secara rasmi ialah pada 10 hingga 11 Mei. Tempoh berkempen pula akan bermula pada 12 Mei hingga sehari sebelum pilihan raya, atau 2 Jun.

Undang-undang itu juga menghendaki mana-mana penjawat awam yang ingin bertanding jawatan presiden perlu meletak jawatan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum pilihan raya, menjadikan 4 Mei sebagai tarikh akhir untuk berbuat demikian. Pengundian awal dijangka berlangsung pada 29 hingga 30 Mei.

Presiden yang baru dipilih akan terus memegang jawatan serta-merta selepas keputusan pilihan raya diumumkan tanpa pasukan peralihan.

Susulan keputusan mahkamah, Pemangku Presiden Han Duck-soo berikrar untuk memastikan kestabilan dalam aspek keselamatan negara dan diplomasi.

Han berjanji akan melakukan segala yang termampu untuk memastikan peralihan kepimpinan yang lancar kepada presiden baharu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan