Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua atlet badminton para kelahiran Sarawak, Nurzammiezatul Syafiqqah Mohamad Zamberi dan Ashley Irenaeus Jeck dipilih untuk mewakili Malaysia di BWF Dubai Para Badminton International Level 2 serta Sukan SEA Para Thailand 2025. Foto Nurzammiezatul Syafiqqah Mohamad Zamberi

Dua anak Sarawak teruja wakili Malaysia

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 4 April: Dua atlet badminton para kelahiran Sarawak, Nurzammiezatul Syafiqqah Mohamad Zamberi dan Ashley Irenaeus Jeck dipilih untuk mewakili Malaysia di BWF Dubai Para Badminton International Level 2 serta Sukan SEA Para Thailand 2025.

Nurzammiezatul Syafiqqah berkata, kejayaan tersebut bukan sahaja membanggakan Sarawak tetapi membuktikan keupayaan atlet para negara dalam sukan badminton di peringkat antarabangsa.

Menurut Syafiqqah, pemilihannya ke kejohanan berprestij itu adalah sesuatu yang mengejutkan dan pada masa sama sangat menggembirakan.

“Perasaan saya bercampur antara terkejut dan teruja apabila mendapat berita ini. Saya tidak sangka dipilih untuk menyertai kejohanan di Dubai,” katanya ketika dihubungi TVS.

Beliau turut menambah bahawa perubahan intensiti latihan menjadi lebih ketara sejak persiapan ke kejohanan tersebut bermula.

“Saya kini sedang membiasakan diri dengan kaedah latihan baharu dan dalam masa yang sama, saya berpeluang mempelajari banyak teknik baharu bersama rakan seperjuangan,” ujarnya.

Sementara itu, Ashley turut meluahkan rasa bersyukur atas peluang yang diberikan serta berkongsi perkembangan sesi latihannya yang kini berada di tahap hampir maksimum.

“Latihan kami kini berada pada tahap 60 hingga 70 peratus menjelang kejohanan BWF di Dubai pada awal Mei ini,” jelasnya.

Menurut Ashley, intensiti latihan juga ditingkatkan berbanding tahun sebelumnya bagi memastikan mereka mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh barisan kejurulatihan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan pihak berkaitan.

“Corak latihan kini lebih berfokus dan melebihi tahap persediaan tahun lalu kerana ia menjadi keutamaan bagi memastikan setiap atlet mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Kedua-dua atlet akan membawa cabaran negara dalam kategori masing-masing seperti kategori SH6 acara perseorangan wanita, beregu campuran untuk Syafiqqah, sementara kategori WH2 perseorangan lelaki dan beregu lelaki untuk Ashley Irenaeus.

Kem Badminton Para negara dijadualkan berlepas ke Dubai pada 3 Mei 2025 untuk menghadapi cabaran di BWF Dubai Para Badminton International Level 2 yang merupakan salah satu kejohanan utama dalam kalendar badminton para dunia.

Keputusan cemerlang di Dubai dijangka menjadi pemangkin bagi persiapan mereka menuju Sukan SEA Para 2025 di Thailand, di mana mereka bakal bersaing dengan jaguh badminton para dari seluruh Asia Tenggara.-TVS

Berita Berkaitan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan