Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kanada bertindak balas terhadap perang perdagangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan mengenakan tarif timbal balik ke atas import kenderaan tertentu dari AS. Foto AFP

Kanada kenakan tarif ke atas beberapa kereta dari AS

ByBernama

NEW YORK, 4 April: Kanada bertindak balas terhadap perang perdagangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan mengenakan tarif timbal balik ke atas import kenderaan tertentu dari AS.

Ottawa akan mengenakan duti import sebanyak 25 peratus ke atas semua kereta yang tidak dikeluarkan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (USMCA), umum Perdana Menteri Kanada Mark Carney.

Carney menegaskan bahawa Amerika Syarikat bukan lagi rakan kongsi mesra kepada Kanada dan negara itu akan mempertahankan kepentingan serta kedaulatannya.

Sementara itu, susulan pertikaian perdagangan dengan AS, Mexico pula sedang mencari kaedah untuk mengurangkan kesan terhadap pengeluar kereta Jerman di negara Amerika Latin itu.

Menurut Presiden Claudia Sheinbaum, Volkswagen, BMW dan Mercedes-Benz bersedia untuk menyesuaikan pengeluaran mereka bagi mematuhi peraturan asal sebagai sebahagian daripada USMCA.

Mexico mahu terus berunding dengan Washington bagi mendapatkan layanan keutamaan ke atas import kereta di bawah perjanjian itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan