BINTULU, 4 April: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bintulu melaksanakan advokasi dan penguatkuasaan secara rondaan pemantauan di sekitar Bandar Bintulu, Lebuhraya Pan Borneo Tatau – Bintulu dan Jalan Pesisir Pantai Bintulu – Miri sempena Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 semalam.
Menurut kenyataan JPJ Sarawak, dalam operasi tersebut, Unit Operasi JPJ Bintulu mengesan dan mengeluarkan notis ketidakakuran kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan.
“Antara kesalahan yang dilakukan seperti lesen kenderaan motor tamat tempoh, tidak dilindungi insurans dan beberapa kesalahan teknikal lain.
“Ops HRA 2025 akan terus dilaksanakan sehingga 8 April 2025 bagi memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang, pemandu serta pemilik kenderaan yang gagal mematuhi dan melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan kaedah-kaedah dibawahnya, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715),” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, JPJÂ Sarawak menyeru semua pengguna jalan raya pada setiap masa mengamalkan pemanduan berhemah serta mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya.-TVS
