Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terengganu FC (TFC) tidak mahu pulang dengan tangan kosong dan menyasarkan sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata dalam pertembungan dengan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok. Foto Terengganu FC (Facebook)

TFC tidak mahu pulang tangan kosong

ByBernama

KUALA NERUS, 4 April: Terengganu FC (TFC) tidak mahu pulang dengan tangan kosong dan menyasarkan sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata dalam pertembungan dengan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok.

Pengendali TFC Badrul Afzan Razai berkata kesemua pemain yang berada pada tahap terbaik selain bebas daripada kecederaan, telah turun menjalani latihan pada hari raya kedua.

“Kami akui Selangor dalam prestasi terbaik mereka dengan kedudukan selesa selaku calon naib juara Liga Super.

“Tapi kami tiada pilihan, wajib dapatkan mata. Dalam tiga perlawanan terakhir ini setiap mata sangat berharga. Jika pulang dengan tiga mata, itu dikira bonus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Badrul Afzan, beberapa pemain utama telah pulih daripada kecederaan dan sudah bersedia berdepan The Red Giants, antaranya Akram Mahinan, Engku Muhamad Nur Shakir Engku Yacob dan Muhammad Azam Azmi Murad.

“Pemain import dan tempatan lain juga dalam keadaan baik. Tiada kecederaan dan penggantungan,” katanya.

Untuk rekod pertemuan terakhir TFC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) menyaksikan skuad Penyu kalah tipis 0-1.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan