Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Polis menahan dua lelaki warga asing selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan serta menyamar sebagai penjawat awam di Jalan Dinar, Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang, Selangor semalam. Foto fail Bernama

Buruh mengaku salah culik budak, curi kereta

ByTVS

BUTTERWORTH, 4 Apr: Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang budak lelaki berusia lima tahun, Ahad lalu.

Tertuduh, Jasri Ismail, 36, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ooi Sheow Yean.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menculik mangsa dari bawah jagaan bapanya berusia 42 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kenderaan Masjid Kampung Banggol Pokok Sena, Kepala Batas kira-kira pukul 8.20 malam, 30 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah, boleh dihukum penjara selama tujuh tahun dan denda.

Sementara itu, di mahkamah sama, tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri kereta jenis Honda BRV milik bapa mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi dan waktu sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara setahun hingga tujuh tahun dan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Fazliyana Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guman Kebangsaan (YBGK), Anas Hakimi Mat@Ahmad.

Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Kes akan disebut semula 30 April depan bagi fakta kes dan menjatuhi hukuman.

Terdahulu media melaporkan, polis memberkas seorang lelaki selepas melarikan sebuah kereta bersama kanak-kanak lelaki autisme dari tempat letak kenderaan Masjid Kampung Banggol Pokok Sena.

Lelaki itu diberkas bersama mangsa dan kenderaan berkenaan di sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Behrang, Perak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan