Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sidang Kemuncak Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) 2025 yang berlangsung dari 15 hingga 17 Julai 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK)

IEW kukuhkan peranan Sarawak sebagai pemimpin tenaga lestari global

ByWilly Jali

KUCHING, 3 Mac: Sarawak bakal menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) 2025 yang berlangsung dari 15 hingga 17 Julai 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni dalam kenyataan hari ini berkata, acara tersebut bertujuan memperkukuhkan peranan Sarawak sebagai pemimpin global dalam tenaga lestari.

“Acara ini akan mempamerkan kemajuan teknologi tenaga boleh diperbaharui terkini termasuk tenaga hidrogen, tenaga solar dan penangkapan karbon.

“IEW 2025 selaras dengan pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 yang bertujuan menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui serta menarik pelaburan dalam sektor tenaga bersih,” katanya.

Bertemakan Dari Sarawak ke Dunia: Perjalanan ke Kepimpinan Tenaga Bersih katanya, acara tersebut mencerminkan komitmen Sarawak untuk memimpin peralihan global ke arah tenaga bersih.

Dr. Hazland memaklumkan Majlis Pelancaran IEW 2025 dijangka disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan dihadiri oleh peserta serta pemimpin industri daripada pelbagai negara.

“Sidang kemuncak ini dijangka akan menarik lebih daripada 6,500 peserta dari lebih 25 negara dengan penyertaan daripada lebih 400 syarikat dan pemimpin industri terkemuka.

“Selain itu, IEW 2025 juga bertujuan menghasilkan cadangan dasar yang boleh dilaksanakan dan menggalakkan kerjasama yang berterusan selepas acara tersebut sekali gus mengukuhkan Sarawak sebagai pusat inovasi tenaga bersih dalam rantau ASEAN.

Acara tersevut dianjurkan Informa Markets Malaysia dengan kerjasama Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty) dan mendapat sokongan daripada Business Events Sarawak (BESarawak).

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ingin mendaftar, boleh melayari laman web rasmi www.iew.my atau menghubungi Sekretariat IEW di fikry.janaludin@informa.com.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan