Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat kedai dan 22 motosikal musnah dalam kejadian kebakaran di Laluan Utama, Kampung Tekah Baru di sini, awal pagi tadi. Foto Bomba Perak

Empat kedai, 22 motosikal musnah dalam kebakaran

ByBernama

IPOH, 3 Mac: Empat kedai dan 22 motosikal musnah dalam kejadian kebakaran di Laluan Utama, Kampung Tekah Baru di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.11 pagi sebelum menggerakkan 15 anggota bomba serta lima jentera ke lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi memadam kebakaran itu melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, BBP Gopeng serta BBP Ipoh.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan empat kedai satu tingkat jenis kelas B iaitu bengkel motosikal yang terbakar 70 peratus, kedai makan (50 peratus), kedai kosong (30 peratus) dan bengkel kereta (30 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata turut musnah 22 motosikal yang berada di dalam bengkel motosikal berkenaan dan mangsa terlibat tidak mengalami kecederaan.

Beliau memaklumkan operasi tamat pada 6.53 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan