Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama.

PM Anwar arah KPKM segerakan pemulihan bekalan BPT di pasaran

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk menyegerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri juga mengarahkan KPKM supaya memaklumkan perkembangan berkenaan pemulihan bekalan BPT secara berkala kepada rakyat.

“Insya-Allah pemulihan bekalan ini sedang dilaksanakan secara berfasa,” kata Tunku Nashrul menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Pejabat Perdana Menteri Malaysia (PMO Malaysia) hari ini.

Media pada Sabtu lepas melaporkan KPKM memaklumkan Pasukan Petugas Khas Bersepadu Operasi BPT mendapati punca kekurangan bekalan BPT adalah disebabkan masalah struktur harga belian padi, kos pengeluaran beras dan harga siling BPT.

Selain itu kementerian memaklumkan ia juga disebabkan oleh tiada peruntukan khusus mengenai larangan percampuran beras dalam Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan