Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berucap pada Program Bubur Lemak Sarawak anjuran bersama PPWS dan KOPERWANIS di Metrocity, Matang di Kuching, hari ini. Foto TVS

PPWS: NGO ikonik yang terus memacu pembangunan ekonomi, sosial wanita di Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 3 Mac: Persatuan Pengusaha Wanita Sarawak (PPWS) kekal sebagai platform utama yang berperanan mengangkat martabat wanita di Sarawak terutama dalam memperkasa usahawan wanita negeri ini sejak penubuhannya pada tahun 1962.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, PPWS merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) wanita yang begitu ikonik dan mempunyai struktur yang sangat mantap.

“Saya difahamkan kita mempunyai seramai 11,928 orang ahli PPWS. Struktur PPWS ini lain sedikit, ia bermula dengan peringkat Perkumpulan, kemudian Daerah, Cawangan dan seterusnya barulah ke peringkat utama iaitu Induk.

“Jadi, struktur itu memang tegak sekali dan amat bagus. Saya kira PPWS ini adalah satu NGO wanita yang begitu ikonik,” katanya ketika berucap menyempurnakan Program Bubur Lemak Sarawak anjuran bersama PPWS dan Koperasi Perkumpulan Wanita Sarawak Berhad (KOPERWANIS) di Metrocity, Matang di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Negeri PPWS, Zainab Tambi, Naib Pengerusi Negeri PPWS, Aishah Edris dan Pengerusi KOPERWANIS, Norjanah Razali.

Jelas Hasidah, PPWS juga menawarkan pelbagai program bermanfaat kepada wanita di Sarawak yang bertujuan membekalkan wanita dengan kemahiran dan pengetahuan yang berguna dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian serta dunia pekerjaan yang semakin mencabar.

“Banyak juga program dianjurkan PPWS untuk ahli-ahlinya iaitu Sosial dan Rekreasi, Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi, Pemerkasaan Digital, Khidmat Masyarakat, Latihan dan Kemahiran, Kesihatan, Pendidikan dan Latihan serta Keusahawanan dan Kesejahteraan Keluarga.

“Jadi semua program ini ada dilaksanakan dan jika kita benar-benar aktif, kita memang akan dapat menyediakan perlindungan kepada seluruh wanita di Sarawak ini dan terus memperkasakan mereka melalui pelbagai NGO,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata Hasidah, dengan sokongan dari Kerajaan Sarawak dan pelbagai pihak, PPWS diharap dapat terus maju ke hadapan dan memberi impak positif kepada lebih ramai wanita, khususnya dalam meningkatkan kualiti kehidupan seharian mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan