Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suami isteri warga emas ditahan malam tadi bagi membantu siasatan kes langgar lari di kawasan berhampiran Bandar Teknologi Kajang, dekat sini pada 28 Feb lepas. Foto Media sosial

Polis tahan sepasang warga emas bantu siasatan kes langgar lari

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Mac:  Suami isteri warga emas ditahan malam tadi bagi membantu siasatan kes langgar lari di kawasan berhampiran Bandar Teknologi Kajang, dekat sini pada 28 Feb lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pasangan berusia 73 dan 65 tahun itu ditahan di sekitar Kajang pada 11.15 malam tadi susulan laporan polis yang diterima daripada ibu mangsa langgar lari tersebut semalam.

Beliau berkata berdasarkan laporan itu, ibu mangsa memaklumkan bahawa anak lelakinya berusia 42 tahun dilanggar sebuah kereta pada Jumaat lepas.

“Mangsa menghubungi ibunya memberitahu telah dilanggar sebuah kereta dan akibat pelanggaran itu dia tidak boleh bergerak. Pengadu ke lokasi kejadian dan terus membawa anak lelakinya ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata hasil siasatan mendapati terdapat satu video kamera papan pemuka berjaya merakamkan kejadian tersebut.

Beliau berkata rakaman video itu memaparkan mangsa turun dari trak tunda dan cuba menahan kereta berwarna hitam dipercayai dipandu warga emas berkenaan.

“Pemandu dilihat mengundurkan kenderaannya sebelum memecut ke arah mangsa hingga diseret ke atas pembahagi jalan. Suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian,”  katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan serta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes Insp Mohd Hizwan Hamzah di talian 019-6369835. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan