Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Monsun Timur Laut di Sarawak dijangka berakhir Mac ini

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 2 Feb: Cuaca di Sarawak yang dipengaruhi oleh Monsun Timur Laut dijangka beransur pulih menjelang Mac ini, kata Pengarah Meteorologi Sarawak, Khairul Najib Ibrahim.

Beliau menjelaskan bahawa berdasarkan data terkini keadaan cuaca menunjukkan tanda-tanda pemulihan secara beransur-ansur.

Menurutnya, Sarawak dijangka kembali kepada keadaan cuaca yang lebih stabil dan normal dalam tempoh terdekat.

“Untuk musim Monsun Timur Laut kali ini, cuaca di Sarawak dijangka akan berakhir pada Mac nanti. Buat masa ini kita sudah dapat melihat perubahan walaupun tidak begitu jelas.

“Namun, data menunjukkan keadaan semakin reda,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Khairul Najib turut memaklumkan bahawa monsun yang sedang melanda kini berada di fasa penghujung, sebelum Malaysia memasuki Monsun Barat Daya yang lebih kering.

“Oleh itu, dalam tempoh sebulan lagi kita akan menuju ke arah cuaca yang lebih kering,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu Khairul Najib mengingatkan penduduk Sarawak untuk terus berwaspada terhadap sebarang kemungkinan hujan lebat dalam tempoh peralihan monsun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan