Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee ketika ditemui media selepas menerima kunjungan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari ke Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baharu Cina di kediamannya di Sibu hari ini. Foto TVS

JKNS kemuka permohonan kepada KKM untuk projek pembesaran Hospital Sibu

ByFebbright James

SIBU, 2 Feb: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) bersama- sama Hospital Sibu telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membina blok baharu di Hospital Sibu.

Katanya, permohonan pembinaan ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-13(RMK-13) yang meliputi beberapa penambahan perkhidmatan di hospital berkenaan.

“Di bawah RMK-13 Rolling Plan I untuk membina blok baharu, kuarters staf. Dalam cadangan tersebut juga kami menyertakan pembinaan kemudahan iaitu wad onkologi dan kardiologi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari ke Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baharu Cina di kediamannya di sini, hari ini.

Katanya, projek pembesaran Hospital Sibu ini penting kerana ia memberikan perkhidmatan utama di kawasan zon tengah.

“Sekiranya dilaksanakan, ini akan menjadi berita baik kerana sangat penting untuk kita menaik taraf kemudahan ini demi kesihatan penduduk bukan sahaja di Sibu tetapi juga kawasan zon tengah,” katanya.

Tiang memaklumkan keperluan pusat onkologi telah diutarakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee dan beliau bersetuju dengan cadangan tersebut.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan