Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi JPBN yang juga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amat Douglas Uggah Embas meningau keadaan mangsa banjir hari ini. Foto TVS

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa menurun, 62 PPS masih aktif

ByHaleyson Roland

KUCHING, 2 Feb: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak menurun kepada 11,430 orang.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia susulan penutupan 12 daripada 74 PPS yang dibuka sebelum ini bagi menempatkan 12,402 mangsa daripada 3,722 keluarga.

Setakat ini, katanya sebanyak 62 PPS masih aktif yang menempatkan 3,435 keluarga yang terjejas banjir di negeri ini.

“Sebanyak 3,722 keluarga yang membabitkan 12,402 mangsa secara keseluruhannya, bagi PPS yang tutup melibatkan 972 mangsa daripada 287 keluarga.

“PPS yang tutup adalah termasuk tujuh di Kuching, tiga di Sibu dan masing-masing satu PPS di Serian dan Saratok ” ujarnya.

Beliau yang Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) turut mengingatkan sebarang sumbangan atau bantuan yang ingin disalurkan kepada mangsa banjir perlu melalui jawatankuasa yang terlibat.

“Ada sumbangan yang diberikan, saya ingin mengingatkan bahawa sumbangan itu harus melalui JPBNS, pusat komuniti jika melibatkan kewangan, kita ada akaun.

“Untuk pakaian atau barangan mesti melalui Pejabat Residen ataupun Pejabat Daerah, jangan dihantar secara terus ke PPS, sebab ada di beberapa tempat saya melihat ada yang hantar makanan dan diletakkan dengan cara yang tidak sesuai, jadi kita takut ia jadi penyakit,” ulasnya.

Dalam pada itu, Uggah turut melawat beberapa kawasan terjejas di Asajaya termasuk Kampung Semera Lot Baru, Kampung Lot Semera Lama, Kampung Ulu Semera, Kampung Semera Ulu, Kampung Semera Masjid, dan Kampung Sampun Jugu melibatkan seramai 452 mangsa daripada 140 keluarga yang telah dipindahkan ke PPS SK Haji Kelali Semera.

Manakala 115 mangsa dari Kampung Sampun Gerunggang, Sampun Kelili dan Kampung Sampun Baru ditempatkan di PPS Dewan SK Sampun Baru. – TVS

Tags: Banjir, mangsa, pps

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan