Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sufian bergambar bersama penaja-penaja terdiri daripada ketua masyarakat Cina yang menjayakan sambutan Ambang Tahun Baru 2025. Foto: TVS.

Peruntukan RM110 juta bagi laksana projek rakyat di Limbang

LIMBANG,1 Jan: Kerajaan Sarawak memperuntukkan lebih RM110 juta kepada Daerah Limbang (MDL) bagi melaksanakan projek pembangunan termasuk pembinaan projek Tebingan Sungai Limbang sepanjang 1.8 kilometer di sini.

Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat berkata, projek pembinaan tebingan terpanjang di Sarawak itu antara projek rakyat yang diluluskan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sejak 2017 yang sedang giat dibina.

Menurutnya kesemua projek-projek pembangunan ini bukan saja mengubah landskap pembangunan daerah Limbang malah meletakkan daerah itu sebagai destinasi dan pintu masuk utama kemasukan pengunjung luar di Sarawak.

“Selain Tebingan Sungai, banyak lagi projek- projek pembangunan yang diumumkan oleh Premier Sarawak untuk dilaksanakan dan kebanyakkan projek ini ada yg sudah siap, dan masih dalam proses perlaksanaan.

“Mengikut data yang kita ada semenjak dari tahun 2017, Premier Sarawak telah pun menyalurkan peruntukan sekitar RM110 juta keseluruhannya termasuk Tebingan Sungai Limbang,” katanya ketika ditemui media pada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 di Dataran Amphitheater Limbang di sini pada Selasa.

Tambah Sufian lagi Limbang terus berupaya menarik kemasukan pengunjung ke daerah ini setiap hari sekali gus memberi impak positif terhadap peningkatan ekonomi masyarakat setempat.

Beliau turut optimis dengan kemajuan yang dinikmati penduduk, sektor ekonomi di Limbang turut meningkat dan berupaya melahirkan lebih ramai peniaga berdaftar di bawah MDL untuk memeriahkan aktiviti perniagaan di daerah tersebut.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan