Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selesai mengambil keterangan semua individu yang berhimpun dan melakukan zikir secara pelik serta kuat di sebuah tanah perkuburan Islam di Setapak, baru-baru ini.

Berhimpun di tanah kubur: JAWI selesai ambil keterangan individu terlibat – Mohd Na’im

ByBernama

PUTRAJAYA, 1 Jan: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selesai mengambil keterangan semua individu yang berhimpun dan melakukan zikir secara pelik serta kuat di sebuah tanah perkuburan Islam di Setapak, baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata satu laporan dihasilkan daripada keterangan itu, dan telah diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata berdasarkan kepada laporan berkenaan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan akan memberikan pandangan bagi tindakan susulan.

“Sekiranya didapati zikir yang dijalankan ini bertentangan dengan akidah dan hukum, maka JAWI akan menyerahkan laporan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Gema Syukur 2025, di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata proses mengambil keterangan yang dilaksanakan JAWI adalah bagi memastikan laporan lengkap dan terperinci disediakan, agar tiada kelompongan dalam proses siasatan yang dilaksanakan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.

“Seperti arahan saya kepada JAWI beberapa hari lepas, mereka telah menjalankan siasatan merangkumi sudut zikir yang dijalankan. Keterangan diambil daripada pihak yang terlibat termasuk waris,” katanya.

Pada 28 Dis, tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik dan kuat di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur hingga mengundang kebimbangan masyarakat khususnya orang Islam.

Pada hari sama, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail mengesahkan pihaknya telah menerima satu laporan berhubung kejadian berkenaan yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.05 pagi (27 Dis).

Mohd Na’im ketika ditanya mengenai penganjuran program Gema Syukur 2025 berkata program itu sebahagian daripada elemen yang digariskan dalam Gagasan Kalimah Tayyibah yang telah dilancarkan pada 29 Ogos lepas.

“Dalam gagasan ini, kita nak mewujudkan masyarakat yang boleh menggunakan perkataan yang baik, tidak memfitnah orang lain dan menggalakkan masyarakat untuk berkasih sayang. Ini (Gema Syukur) yang kita cuba mulakan, tahniah kepada semua agensi agama yang menganjurkan program ini,” katanya.

Sempena sambutan tahun baharu 2025, beliau turut menitipkan pesanan kepada petugas media agar dapat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dalam menyebarkan maklumat kepada segenap lapisan masyarakat.

“Saya doakan rakan media terus diberikan kejayaan cemerlang dan dapat menjalankan tanggungjawab kewartawanan dengan baik sepanjang tahun ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan