SIMUNJAN, 1 Jan: Seorang wanita maut selepas pikap dipandu terbabas ke dalam parit di Sabal Kruin di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata ketika tiba dilokasi kejadian pada 8.42 pagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan mendapati seorang mangsa perempuan berada di bawah kenderaan.
“Pihak bomba terus menjalankan operasi untuk mengeluarkan mangsa.
“Mangsa, Mc Magdeline Jampang, 35, berjaya dikeluarkan dari bawah kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan.
Mayat mangsa diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.



