Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri selama tiga hari bermula Sabtu ini. Foto Bernama

Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri selama tiga hari bermula Sabtu ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata empat negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

“Di Kelantan ia membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai,” katanya dalam kenyataan.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Terengganu manakala di Pahang membabitkan kawasan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin serta Johor di Mersing dan Kota Tinggi.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian utama MetMalaysia di 1-300-22-1638. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan