Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa dipercayai terjatuh dari Kapal dari kapal di Sungai Rajang berhampiran Jalan Stabau, di sini, pagi Khamis. Foto BBP Sibujaya

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh Batang Rajang

SIBU, 12 Dis: Seorang lelaki warganegara India dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh daripada kapal di Sungai Rajang berhampiran Jalan Stabau, di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dn Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata, operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah diaktifkan dan usaha mengesan mangsa sesang giat dijalankan.

“Operasi dimulakan sebaik sahaja menerima panggilan pada jam 3.10 petang dan pasukan do ari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibujaya bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 4.10 petang.

“Berdasarkan laporan awal, mangsa, Kumar Dinesh, seorang lelaki berusia 21 tahun dan warganegara India, dipercayai terjatuh dari kapal pengorek pasir Winbuid 6,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Katanya, kali terakhir mangsa dilihat oleh rakan sekerjanya ialah sekitar jam 8.30 pagi tadi.

Andy turut menjelaskan bahawa pasukan penyelamat telah mengumpul maklumat daripada rakan mangsa serta pihak pengurusan kapal.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dilaporkan pergi ke stor di bahagian belakang kapal selepas mengisi minyak kren, namun tidak dijumpai selepas itu,” ujarnya

Menurut Andy, semasa kejadian kapal berkenaan berada kira-kira satu kilometer dari tebing sungai menyukarkan pencarian.

Katanya, mangsa belum dijumpai dan operasi ditangguhkan pada jam 5 petang tadi.

Operasi pencarian akan disambung esok dengan kerjasama pelbagai agensi, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan