Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika pergi ke kebun di Kampung Pahlawan, Limbang ditemui selamat hari ini. Foto JBPM

Hilang dua hari di kebun, Wislie ditemui selamat

LIMBANG,12 Dis: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika pergi ke kebun di Kampung Pahlawan di sini, ditemui selamat hari ini.

Komander Operasi, Clarence D.Primus Tiadun berkata, mangsa Wislie Lahap, 54, dijumpai penduduk kampung di hujung Jalan Pandaruan, Kampung Pahlawan.

“Dengan penemuan mangsa operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang ketika pergi ke kebun di kampung berkenaan pada petang Selasa.

Pihak bomba menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.24 pagi tadi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi kejadian.

Operasi SAR mangsa dimulakan jam 9 pagi tadi dengan radius pencarian satu kilometer di sekitar lokasi mangsa dikhuatiri hilang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan