Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fabian Ray Jerry Foto TVS

Cuba bantu dua rakan lemas, Fabian kongsi detik cemas

ByVanessa Enjop

MIRI, 12 Dis: “Saya cuba membantu tetapi tidak mampu…akhirnya hanya mampu menyelamatkan diri sendiri.”

Demikian kata Fabian Ray Jerry, 18, menceritakan detik cemas melihat dua rakannya, Muhammad Faris Zamri, 16, dan Muhd Nur Fadilah Zamri, 23, yang lemas dihanyutkan arus deras di Pantai Lutong, di sini, tengah hari tadi.

“Kami mula memancing sekitar jam 8 hingga 9 pagi dan berterusan sehingga tengah hari.

“Sebelum kejadian lemas itu berlaku, saya sendiri terjatuh ke dalam air. Saya tidak menyangka perkara itu boleh terjadi,” katanya ketika ditemui TVS di kediamannya, petang tadi.

Menurut Fabian, dia pada mulanya menyangka mereka sekadar bermain-main tetapi menyedari kedua-duanya benar-benar lemas apabila mereka mula tenggelam.

“Kawan saya sebenarnya tidak pandai berenang, dan saya pun tidak begitu mahir. Saya sendiri hairan bagaimana saya boleh terselamat.

“Ketika berada di dalam air, pasir di dasar terasa sangat tinggi. Namun, saya percaya semua ini adalah kuasa Tuhan yang telah menolong saya,” tambahnya.

Terdahulu, laporan Pusat Gerakan Bomba Sarawak mencatatkan kedua-dua mangsa yang juga merupakan adik-beradik disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

Jenazah kedua-dua mangsa akan disemadikan di Tanah Perkuburan Batu Satu malam ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan