Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Terus berusaha tingkat bekalan elektrik

KUCHING, 11 Nov: Sejumlah RM56 juta diperuntukkan untuk pembangunan projek baharu dan sambungan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) melibatkan bekalan elektrik di Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek tersebut merangkumi peningkatan bekalan elektrik di Samarahan dan penyambungan elektrik ke kampung atau rumah panjang menerusi Sistem Pembekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak (SARES).

Menurutnya, Kerajaan Sarawak juga akan menumpukan kepada penggantian bateri dalam sistem solar untuk komuniti terpencil dan membekalkan Konduktor Medium Voltan 33 kilovolt dari Gaat ke Tunoh.

“Sarawak telah mencapai liputan bekalan elektrik luar bandar yang signifikan dengan kira-kira 99 peratus.

“Untuk mencapai liputan penuh di seluruh Sarawak, kerajaan akan terus mempergiatkan pelaksanaan inisiatif bekalan elektrik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan cadangan Belanjawan Negeri 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Di bawah pembiayaan alternatif menurutnya, sejumlah RM170 juta akan diperuntukkan pada 2025.

“Sebanyak RM150 juta untuk penyambungan projek elektrikfikasi di kawasan luar bandar dan RM20 juta inisiatif Dana Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF),” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan