Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak menyediakan RM452 juta pada tahun depan di bawah pembiayaan alternatif untuk memperluas liputan bekalan air bersih dan dirawat. Foto hiasan Envato

RM452 juta perluas liputan bekalan air bersih, dirawat

KUCHING, 11 Nov: Kerajaan Sarawak menyediakan RM452 juta pada tahun depan di bawah pembiayaan alternatif untuk memperluas liputan bekalan air bersih dan dirawat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek utama yang bakal dibangunkan termasuk saluran utama penyaluran merentasi Jambatan Batang Sadong ke Simunjan, peningkatan Loji Rawatan Air Lubau dan Loji Rawatan Air Bayong serta bekalan air Kapit, Belaga dan Menjawah.

Menurutnya, tumpuan turut diberikan kepada pembangunan sumber bekalan air Miri, bekalan air Tinjar dan Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS).

“Keutamaan yang tinggi untuk memperluas liputan bekalan air bersih dan dirawat di seluruh negeri.

“Kemajuan luar biasa telah dicapai dengan liputan bekalan air bersih keseluruhan mencapai kira-kira 85.4 peratus dan kawasan luar bandar mencapai 70.5 peratus.

“Usaha akan terus dipergiatkan untuk memastikan bekalan air yang boleh dipercayai, cekap, selamat dan lestari bagi memenuhi objektif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan cadangan Belanjawan Negeri 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Abang Johari menjelaskan, sejumlah RM352 juta akan diperuntukan di bawah Belanjawan Negeri 2025 untuk pelaksanaan projek bekalan air dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Projek ini merangkumi Bekalan Air Serian, pembinaan Loji Rawatan Air Long Lama, Sistem Bekalan Air Suai, Julau dan Mukah serta peningkatan Loji Rawatan Batu Kitang dan Salim,” ujarnya.

Bagi mengurangkan Air Tidak Terhasil (NRW) dan meningkatkan kecekapan bekalan air, Abang Johari berkata, kerajaan sedang melabur RM1 bilion di bawah pembiayaan alternatif yang mana RM204 juta disediakan pada 2025 untuk program peningkatan dan penggantian paip air di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan