Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pindaan Rang Undang-Undang Pengagihan Gas 2024 adalah untuk meminda Ordinan Pengagihan Gas, 2016 dengan menambah seksyen dan subseksyen baru berkaitan hidrogen. Foto hiasan Envato

“Sudah tiba masanya Sarawak mempunyai ordinan khas hidrogen” – ADUN Lingga

KUCHING, 11 Nov: Pindaan Rang Undang-Undang Pengagihan Gas 2024 adalah untuk meminda Ordinan Pengagihan Gas, 2016 dengan menambah seksyen dan subseksyen baru berkaitan hidrogen.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, RUU ini akan menekankan peruntukan pelantikan pengawal selia, pelesenan , tugas dan fungsi tambahan pengawal selia, kesalahan dan penalti, lanjutan kuasa kepada pengawal selia mengenai penguatkuasaan dan pindaan lain.

“Merujuk kepada Rang Undang-undang Pengagihan Gas (Pindaan) 2024, Seksyen 19A : Pelantikan Pengawal Selia memainkan peranan yang sangat penting untuk menjalankan tanggungjawab dalam mengawal selia pelesenan aktiviti berkaitan hidrogen dalam seksyen 19B, 19C, 19D, 19E, 19F dan 19H untuk merealisasikan objektif Kerajaan GPS terutamanya untuk mengembangkan ekonomi Hidrogen di dalam dan di peringkat antarabangsa.

“Sehubungan itu, dengan pengawalan aktiviti hidrogen, ia dapat membantu melindungi hak Sarawak untuk meningkatkan sumber pendapatan negeri selaras dengan matlamat PCDS 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Selain itu katanya, dengan mengadaptasi teknologi baharu dan terkini akan menjadi satu lagi blok pembinaan penting bagi teknologi hidrogen yang dihasilkan oleh Sarawak.

“Penyelidikan dan pembangunan, serta pembiayaan melalui program kerajaan, adalah penting untuk mengekalkan kelebihan teknologi hidrogen,”katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan