Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah lori yang membawa muatan simen terbakar di Bukit Begunan, Pantu, Sri Aman, hari ini. Foto JBPM

Lori bawa muatan simen terbakar di Bukit Begunan

SRI AMAN, 11 Nov: Sebuah lori yang membawa muatan simen terbakar di Bukit Begunan, Pantu, di sini hari ini.

Komander Operasi, Elijah Tiyit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.53 pagi dengan menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah lori dengan muatan simen telah terbakar keseluruhan pada bahagian hadapan tanpa melibatkan bahagian belakang(muatan).

“Pemandu lori berjaya menyelamatkan diri dengan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba membuat pemadaman menggunakan satu aliran hos salur bantu mula sumber air jentera sehingga kebakaran terkawal dan padam sepenuhnya.

“Setelah didapati kebakaran benar – benar padam dan tiada kemerbahayaan, pihak bomba balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan