Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
UMS merancang untuk menubuhkan Pusat Pendidikan Fleksibel di Semporna yang menawarkan beberapa program pengajian. Foto kredit, UMS.

Dewan Rakyat : UMS rancang buka pusat pembelajaran baharu di Semporna

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Universiti Malaysia Sabah (UMS) merancang untuk menubuhkan Pusat Pendidikan Fleksibel di Semporna yang menawarkan beberapa program pengajian.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata menerusi pelan berkenaan, universiti awam itu dijangka akan menawarkan kos pengurusan pelancongan.

Katanya UMS juga bersedia menawarkan pengajian akuakultur selain keselamatan makanan dan pertanian di Semporna.

“(Ketika ini) perkara berkenaan tertakluk kepada perbincangan lanjut dengan agensi terlibat termasuk Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Berkenaan cadangan beberapa Ahli Parlimen supaya ditubuhkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) baharu di kawasan mereka, Zambry berkata pelbagai aspek harus diteliti.

Katanya ini termasuklah permintaan semasa yang merangkumi keperluan pelajar dan masyarakat.

“(Ia) mesti seimbang dengan saiz populasi selain kesediaan bekalan tenaga pakar dalam sesuatu bidang di samping keupayaan menyediakan dan menyelenggara prasarana dengan baik,” katanya.

Tambah beliau, IPTA yang bakal ditubuhkan juga harus mampu berdikari dalam aspek kewangan selain program yang ditawarkan tiada risiko pertindihan yang telah ditawarkan oleh universiti awam lain. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan