Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak akan terus menyediakan geran untuk mempromosi dan menghasilkan penyelidikan serta inovasi berimpak tinggi berasaskan sains. Foto hiasan Envato

Sarawak terus fokus penyelidikan berasaskan sains

ByMahathir Haroun

KUCHING, 11 Nov: Kerajaan Sarawak akan terus menyediakan geran untuk mempromosi dan menghasilkan penyelidikan serta inovasi berimpak tinggi berasaskan sains.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebanyak RM150 juta diperuntukkan tahun depan untuk meneruskan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak.

“Pusat ini dijangka siap pada September 2026 manakala RM135 juta lagi akan diperuntukkan untuk pembinaan Pusat Sains Sarawak yang dijangka siap menjelang akhir 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan cadangan Belanjawan Negeri 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurutnya, sebanyak RM25 juta akan diperuntukkan kepada Pusat Biodiversiti Sarawak pada tahun 2025 untuk operasi dan pelbagai projek penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Bagi mempromosikan penyelidikan pembangunan dalam aplikasi biodiversiti, sebuah Fasiliti Penyelidikan dan Pengeluaran Alga untuk menunjukkan kemungkinan penanaman alga di peringkat komuniti dengan ujian percubaan di Gedong telah diluluskan dengan peruntukan RM5 juta.

“Selain itu, sebanyak RM22.5 juta disediakan untuk pembelian tanah bagi mendirikan fasiliti pengeluaran mikro-alga berskala besar di Gedong,” ujarnya.

Sementara itu menurutnya, Kerajaan Sarawak menubuhkan Lembangunan Pembangunan Sagu dan Nipah (SNDB) untuk mempromosi, memudah dan membangunkan industri sagu serta nipah.

“Untuk menyokong R&D yang sedang dijalankan berkaitan sagu dan biomas sagu melibatkan peruntukan RM18 juta untuk Craun Research pada tahun 2025,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan