Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Penuntut institusi pengajian tinggi dari Sarawak terima duit belanja

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 11 Nov: Kerajaan Sarawak mengumumkan bantuan wang saku untuk penuntut institusi pengajian tinggi untuk anak-anak Sarawak di seluruh negara.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan kewangan istimewa itu akan disalurkan dalam bentuk tunai berjumlah RM1,200 seorang.

“Bantuan kewangan ini akan memberi manfaat kepada 25,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dengan pendapatan isirumah per kapita RM1,500 atau ke bawah sebulan.

“Bantuan tersebut akan digunakan untuk berbelanja dari segi makanan serta keperluan asas untuk membantu mereka dalam mengurangkan kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Tambahnya, RM30 juta telah diperuntukkan di bawah cadangan Perbelanjaan Sarawak 2025 bagi tujuan tersebut.

Sebelum ini, Abang Johari telah mengumumkan mengenai inisiatif ini ketika Sesi Townhall ‘Sarawak Agenda Bersama Premier Sarawak’ pada program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di ibu negara, Oktober lalu.

Beliau menjelaskan hanya pelajar yang memiliki kad pengenalan Sarawak yang sah dengan tanda ‘K’ layak menerima bantuan tersebut.

Seperti yang dijanjikan, beliau akan mengumumkan mengenai jumlah wang saku tersebut pada pembentangan Belanjawan Sarawak 2025.

Beliau turut menyatakan pendapatan Sarawak menunjukkan peningkatan setiap tahun dan kerajaan Sarawak sentiasa berusaha gigih menjana dana yang dapat disumbangkan kembali kepada rakyat Bumi Kenyalang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan