Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakaman video yang memaparkan pemandu lori bergerak melawan arus. Foto Media sosial

Pemandu lori lawan arus ditahan

PAPAR, 11 Nov: Pemandu lori treler yang tular selepas memandu secara melawan arus di Kilometer 8, Lebuhraya Pan Borneo di sini, berjaya ditahan polis hari ini.

Pemandu treler berusia 38 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar yang terkesan video tular berkenaan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, video berkenaan dimuatnaik oleh pengguna jalan bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Pasukan polis trafik akhir berjaya mengesan lori berkenaan dan terus menahan treler itu berhampiran Pekan Papar.

“Pemandu dan lori berkenaan kemudiannya dibawa ke IPD Papar untuk siasatan lanjut, kira-kira jam 10 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamaruddin berkata, hasil siasatan awal polis mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi pada 8 November lalu.

“Ketika kejadian itu, pemandu treler jenis Nissan berkenaan bergerak dari Nagapas menuju ke Kota Kinabalu.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu lori mendakwa tersilap jalan kerana keliru simpang jalan dan masuk aliran trafik yang salah hampir 20 meter.

“Pemandu mengambil tindakan dan terus mengundur treler untuk masuk ke laluan asal,” katanya.

Menurutnya, tiada kemalangan yang dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan