Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Subsidi perumahan untuk golongan berpendapatan rendah diperkenalkan bagi menampung sebahagian harga perumahan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto hiasan Envato

Subsidi perumahan bantu rakyat miliki rumah

ByMahathir Haroun

KUCHING, 11 Nov: Subsidi perumahan untuk golongan berpendapatan rendah diperkenalkan bagi menampung sebahagian harga perumahan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, inisiatif tersebut bagi memastikan rakyat mampu memiliki rumah.

“Sejumlah RM50 juta akan diperuntukkan pada 2025 untuk tujuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan cadangan Belanjawan Negeri 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Bagi meringan beban kewangan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana di Sarawak mendapat lot bagi membina rumah sendiri, beliau berkata, kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada pelaksanaan Skim Penempatan Semula (SPS) dan Projek Skim Pembesaran Kampung (SPK) dengan bajet RM39 juta pada 2025.

“Antara projek utama yang akan dijalankan adalah seperti Skim Penempatan Semula Selirik, SPK Igan Baru, SPK Melugu, Skim Pembesaran Bazar Kampung Trusan, Pembesaran Kampung Tebakarang Melayu dan pembesaran Kampung Pusa,” ujarnya.

Menurutnya, kerajaan juga akan meneruskan usaha dalam meningkatkan kesejahteraan fizikal dan sosial rakyat serta menyediakan rumah berkualiti dengan harga berpatutan dan kondusif melalui projek pembangunan semula kampung.

“Peruntukan sebanyak RM247 juta akan disediakan tahun hadapan bagi projek pembangunan semula kampung di Kuching, Sibu, Bintulu dan Limbang,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan