Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera selepas dua kenderaan bertembung di hadapan Institut NB Motor, Jalan Lingkaran Luar Bandar, Kota Samarahan, malam tadi. Foto JBPM

Lelaki cedera dalam kemalangan dua kenderaan

KOTA SAMARAHAN, 10 Okt: Seorang lelaki cedera selepas dua kenderaan bertembung di hadapan Institut NB Motor, Jalan Lingkaran Luar Bandar di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Awangku Ahmad Hanafiah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.28 malam dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan kenderaan jenis Toyota Avanza dan kereta Mitsubishi.

“Seorang mangsa lelaki berusia 55 tahun yang cedera dikeluarkan orang awam manakala seorang lagi mangsa tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba tidak menjalankan operasi menyelamat namun hanya memeriksa kenderaan bagi mengelak sebarang kebakaran.

“Pihak bomba membuat kerja pembersihan di lokasi kemalangan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Jantung Sarawak dengan bantuan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) bagi mendapat rawatan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan